Sunday, 15 November 2009

hati ini lagi

lagi lagi hati ini.
semua pun pasal hati ini.
hati yang gundah,gulana,gedik,gemalai.
hati orang lain aku tak kisah.
ada aku kisah.
tak ada.
hati aku je yang penting.
apa yang aku nak sebenarnya.
kan lebih baik aku bahagiakan orang lain dan terima tempiasnya daripada merungut tentang soal hati yang sememang sudah jelasnya takkan puas walau diumpan dengan emas berjongkong-jongkong.
semua tu kan tak ada maknanya melainkan hati yang sentiasa ingat padaNya.
kenapa kau tamak.
kenapa kau pentingkan diri sendiri.
kenapa kau asik nak tanya kenapa.
kenapa kenapa kenapa!
cubalah bersyukur.....
hati kau.
hati org lain?

*balik ni aku nak makan hati.hati ayam sebab doktor kata aku kurang darah merah.yeke?

Tuesday, 3 November 2009

my SEXAY...

i just got my Persona. i named her Sexay as she is sooo sexy to me.she's my current obsession for now.I lurve u Sexay!! o,just realize havent snap any pic in Sexy yet.shud definitely do it asap and post here.
walk,walk,walk
gasp,gasp,gasp
walk,walk,walk
gasp,gasp,gasp

run,run,run
gasp,gasp,gasp
run,run,run,
gasp,gasp,gasp

urgh!i really need to exercise.

Monday, 2 November 2009

Pelangi Petang saya yang sangat Indah

Temani saya disini
Sehingga sinar pagi menari
Tidak
Jangan pergi
Saya tukar fikiran
Tinggal disini
Sampai bila-bila

Mari kemari
Kejapkan dudukmu
Eratkan pelukmu
Satukan jemari ini
Benarkan ia terjadi
Jangan pergi

Thursday, 29 October 2009

Berudu Malam

aku menulis ini untuk memberi motivasi pd diri sendiri.
aku menulis ini kerana tiba2 ia berlegar dalam fikiran selepas menulis entri semalam.
aku menulis ini kerana aku merasakan perlu saja.
aku menulis.

akukah berudu malam itu
yang tak terlihat kelibatnya
tak memberi makna
yang terperosok dalam kelam

berudu malam,
walau terpijak kaki basah
namun tak terasa
sehingga sakit urat nadi

berudu malam,
tak menempel sekelumit makna ada

berudu malam,
andai disuluh ke lopak itu
pasti kau lihat sinarnya
sinar hitam pekat berkilat

akukah berudu malam itu

Wednesday, 28 October 2009

setelah hujan berhenti

sekarang ni musim hujan.petang2 mesti hujan.hujan lebat pulak tu.balik keje,kadang2 takut jugak dengan angin kuat,air hujan dengan diameter yang besar menempelak cermin hadapan kereta Avanza (kereta keluarga) sampai tak nampak jalan raya.angin kuat macam larat je nak angkat kereta yang boleh tahan besar ni.

tiba-tiba teringat zaman kecil2 dulu.kalau time mcm ni (pukul 530 ptg keatas), mesti pergi cari mak kat dapur yang tengah buat kuih ketayap.dengan bau fresh daun pandan terjengok2 sambil meneka mood mak."mak, boleh keluar main?".suasana kat luar terlihat titisan-titisan embun menitik dari daun-daun pokok tanda hujan baru berhenti.sebenarnya hujan masih belum benar2 berhenti tapi ditahap selamat yang mana kalau keluar pun takkan basah punya.paling2 pun kene beberapa titik je..mak pun jengah keluar dan jengah keadaan."hm, ok". "yes!".mak memang mak yang paling sporting sedunia.

keluar main.lepas hujan paling seronok sekali main tangkap berudu kat tanah lapang ala-ala cerita Doraemon kat atas bukit taman perumahan kami.time tu kami tinggal kat taman selayang utama, selayang, selangor.dengan jiran2 yang mana mak diorang sporting jugak tu,kitorang pon cari plastik atau bekas apa-apa la.botol pun boleh jugak.time tu tengok berudu sangat comel.tangkap banyak-banyak.lepas tu,lopak2 yang jernih, besar dan cantik tu kitorang main lompat2.

kadang-kadang,mak tak bagi main sebab hujan seperti agak tak berhenti..huu aku pun tak tahu la ape maknanya kat sini.jadi, kitorang bosan.sedih.tapi mak sebagai seorang yang kreatif dan peka dengan keadaan emosi anak dia takkan biarkan kami bersedih.dia pun reka la permainan yang boleh dimainkan indoor.haaa..nak tau tak apa.benda ni dubuat menggunakan daun pisang.atau lebih tepat lagi,batang ditengah2 daun pisang.setelah mak ambil daunnya untuk dijadikan pembalut kuih atau apa2 menu hari ini, batang yang tengah tu la mak guna buat permainan kami.ia dipotong dalam 13cm.lepas tu, bahagian atas seperti dicantas sehingga membentuk bukaan separa.tak boleh potong habis atau permainan ni takkan jadi.buat bukaan yang sama dalam 2 hingga 3.
lepas tu dah boleh main.gerakkan dengan pantas batang daun pisang tu dengan pantas dan ia akan menghasilkan bunyi yang best.
pandai2 korang la nak reka corak permainan macam mana then.

Sunday, 18 October 2009

when your heart beats with the same pace as mine

no matter what the wh question is
even when you do things differently
no matter who starts to call first
even when it turns into a fight
no matter how each of us express the heat
even when it feels awkward at first
no matter why we went into a fight
even for no particular reason
no matter what the wh question is

when your heart beats with the same pace as mine
nothing matters but ours.