Thursday 29 October 2009

Berudu Malam

aku menulis ini untuk memberi motivasi pd diri sendiri.
aku menulis ini kerana tiba2 ia berlegar dalam fikiran selepas menulis entri semalam.
aku menulis ini kerana aku merasakan perlu saja.
aku menulis.

akukah berudu malam itu
yang tak terlihat kelibatnya
tak memberi makna
yang terperosok dalam kelam

berudu malam,
walau terpijak kaki basah
namun tak terasa
sehingga sakit urat nadi

berudu malam,
tak menempel sekelumit makna ada

berudu malam,
andai disuluh ke lopak itu
pasti kau lihat sinarnya
sinar hitam pekat berkilat

akukah berudu malam itu

No comments:

Post a Comment